Klik Dengan Bijak Bersama Sk Pasir Pandak
1 Ogos 2015 | Aktiviti TerkiniPada 31 julai 2015, Pusat Internet Kg Pandan Lundu telah dijemput Pusat Internet Kg Pasir Pandak bersama untuk menjayakan kempen Klik dengan Bijak di surau Sekolah Kebangsaan Pasir Pandak. Aktiviti ini bermula pada jam 8.45pagi dan tamat pada jam 11.00pagi, yang telah dihadiri oleh 112 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah, ibubapa dan juga guru.. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain selain memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri dan menerapkan nilai tanggungjawab bersama dalam mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
•Mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan etika dalam penggunaan internet
•Memberi pendedahan kepada pengguna tentang perkara yang harus dielakkan dan dikawal semasa berinternet.
•Menerapkan nilai tanggungjawab bersama dalam mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
•Pengenalan PI Kg Pasir Pandak oleh Cik Nur Asikin Binti Dolhan, Penolong Pengurus PI Kg Pasir Pandak.
•Ceramah, tayangan video dan aktiviti Klik Dengan Bijak oleh pengawai SKMM wilayah, Cik Sherrey Pelayong dan Puan Dinah Samuel.
•Aktiviti KDB oleh PI Kg Pasir Pandak, PI Kg Telaga Air, dan PI Kg Pandan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: